Mengenai Parlimen Belia Malaysia
Parlimen Belia Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan merupakan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah kelolaan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Program ini telah menjadi satu wadah perbincangan yang lebih inklusif kepada para belia yang berminat untuk menyatakan pandangan dan cadangan dari sudut pandang belia. Sehingga kini, program Parlimen Belia telah dapat mengukuhkan dan memperkasakan peranan belia dalam menyumbang kepada perubahan demokrasi yang lebih progresif.
Pada Oktober 2023, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan dan bersetuju agar Parlimen Belia Malaysia diurus dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Parlimen Malaysia. Keputusan ini memberi satu penghormatan kepada Parlimen Malaysia yang merupakan institusi perundangan tertinggi negara dan sekaligus akan menjadi ruang utama kepada golongan belia untuk berwacana mengikut acuan demokrasi berparlimen dengan lebih praktikal.
Pelaksanaan program ini secara umumnya telah berjaya menjadi platform menyuarakan pandangan mereka namun begitu ia kurang memberi impak kepada perwakilan belia dalam institusi politik. Sepanjang Program ini dilaksanakan dari 2015 hingga 2024, melibatkan 526 orang belia yang telah dipilih. Walau bagaimanapun, hanya lima orang Ahli Parlimen Belia pernah bertanding semasa pilihan raya negeri dan berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, manakala di Parlimen Malaysia, masih tiada perwakilan di kalangan alumni Parlimen Belia.
Pada tahun 2019, Rang Undang – Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah mencipta satu sejarah baharu di mana golongan muda umur 18 tahun layak untuk mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya. Gerakan Undi18 ini merupakan satu dari antara resolusi yang dibawa oleh golongan belia yang dibincangkan dan dibahaskan di dalam sesi persidangan Parlimen Belia.
Statistik juga menunjukkan komposisi Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 dalam kalangan golongan ahli parlimen muda juga rendah, iaitu hanya 19 orang berumur di bawah umur 40 tahun (hanya 8.5% daripada keseluruhan kerusi), manakala di Dewan Negara hanya terdapat 3 orang senator sahaja yang berumur di bawah umur 40 tahun
Latar Belakang Penubuhan
Parlimen Belia Malaysia diwujudkan sebagai usaha nasional untuk menyediakan ruang formal kepada belia berusia 15-30 tahun menyertai proses demokrasi. Melalui sidang, perbahasan dan libat urus bersama kementerian serta agensi, suara belia diterjemahkan kepada saranan dasar yang bernilai kepada negara.
Tujuan
Tujuan utama adalah memperkasa suara dan kepimpinan belia dalam pembangunan negara. Fokus merangkumi: meningkatkan literasi sivik, memupuk kepimpinan berintegriti, memperluas jaringan kolaborasi komuniti, dan menghubungkan idea belia dengan pembuat dasar.
Visi
Menjadi platform rujukan belia kebangsaan yang inklusif, telus, dan berkesan dalam menyatukan aspirasi generasi muda untuk Malaysia maju dan berdaya saing.
Jelajah & Roadshow Belia
Program jelajah ke seluruh negeri bagi memperkenalkan Parlimen Belia kepada masyarakat serta menggalakkan penyertaan belia dalam proses demokrasi digital.
Nilai Teras
Integriti
Ketelusan dan akauntabiliti dalam semua urusan pentadbiran dan perbahasan.
Inklusif
Merangkumi kepelbagaian belia tanpa mengira latar belakang dan wilayah.
Inovasi
Penyelesaian kreatif berasaskan data untuk cabaran semasa belia.
Khidmat Komuniti
Mengutamakan impak sebenar kepada masyarakat setempat.
Soalan Lazim (FAQ)
Jawapan ringkas kepada pertanyaan umum mengenai penyertaan, pendaftaran, dan program Parlimen Belia.
Bila sidang Parlimen Belia Diadakan?
Sidang diadakan secara berkala mengikut kalendar tahunan yang diumumkan
Siapa yang boleh menyertai?
Warganegara Malaysia berumur 18-30 tahun boleh terlibat melalui pelbagai program.
Di mana lokasi program?
Acara berlangsung secara fizikal dan maya di seluruh negara.
Bagaimana cara mendaftar?
Sidang diadakan secara berkala mengikut kalendar tahunan yang diumumkan
Bagaimana memberi cadangan?
Hantar usul dan maklum balas melalui borang cadangan atas talian.
Adakah data saya selamat?
Ya, maklumat peribadi dilindungi mengikut piawaian keselamatan semasa.