Satu majlis rasmi penyerahan watikah pelantikan Penasihat Parlimen Belia Malaysia (PBMy) telah diadakan hari ini di Parlimen Malaysia. Penyampaian watikah pelantikan ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Seramai 5 orang tokoh yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang telah dipilih bagi pelantikan ini iaitu:
- YBhg. Tan Sri Datuk Seri Borhan bin Dolah – Pengerusi Penasihat
Mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. - YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad bin Sakdan – Penasihat
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. - YBrs. Ts. Khairul Anuar bin Ishak – Penasihat
Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. - YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Noor Haida Mohd Kaus – Penasihat
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kimia,Universiti Sains Malaysia - YBhg. Prof. Madya Dr. Hazman Samsudin – Penasihat
Pengarah Pusat Ekonomi Biru, Universiti Malaysia Terengganu
Dengan pelantikan tokoh berwibawa ini, PBMy dijangka memasuki fasa baru yang lebih progresif dan strategik. Barisan penasihat ini akan dapat membantu merangka hala tuju, memperkukuh latihan kepimpinan serta membina jaringan berimpak tinggi dalam usaha mengangkat suara belia ke peringkat pembuat dasar negara.
Majlis penuh bermakna ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Sekretariat Induk PBMy dan pegawai Parlimen sebagai sokongan padu terhadap misi memperkasa kepimpinan generasi muda negara.