YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Sekretariat Parlimen Belia Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjemput pemimpin-pemimpin mahasiswa dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara ke Program Townhall Parlimen Belia Malaysia. Bertemakan “Suara Belia, Suara Demokrasi”, program ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Dalam ucapan perasmian, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul telah menyatakan “Parlimen Belia Malaysia berperanan penting sebagai ruang latihan demokrasi dan
kepimpinan untuk generasi muda. Ia bukan sekadar platform simulasi, tetapi peluang sebenar bagi anak muda memahami proses Parlimen, menyuarakan pandangan, dan membina keupayaan untuk turut serta dalam pembentukan dasar negara ”.

Program ini merupakan titik permulaan bagi Sekretariat Parlimen Belia Malaysia untuk mendapatkan idea serta pandangan daripada para belia untuk memperkukuhkan peranan Parlimen Belia Malaysia (PBMy). PBMy perlu menjadi platform utama dalam pendidikan demokrasi yang melatih para belia untuk berfikir secara kritikal, berhujah secara matang dan bertindak dengan tanggungjawab.

© 2026 Parlimen Belia Malaysia